Jul 31 2008
Posted by admin as Ebook Percuma, Ebook Percuma Tips Perniagaan
Salam sekalian apa khabar ? hari berlalu begitu cepat hari ini dah masuk hari khamis ,sekelip mata Olimpic 2008 akan datang ,saya telah pun beli ticket pergi ke China untuk bercuti selama 10 hari ,memang suatu perkara yang gembira kerana dah 6 bulan tidak pergi bercuti di luar negara .
Hari ini memang ramai yang telah pun menceburi program affiliate ,kerana menyertai program ini adalah sangat mudah dan juga percuma sahaja tetapi yang kita fokukan adakah mendapat jualan dari program affiliate ? ini yang menjadi satu topik yang hangat kerana kalau tak ada jualan maka tak ada pendapatan ,jadi hari ini saya nak sekaligus berikan sekalian dua ebook percuma tentang temuduga dengan dua orang yang telah berjaya dalam program affiliate .
Dua ebook percuma ini adalah cerita tentang perjalanan mereka dalam program affiliate dan apakah teknik yang mereka gunakan ,dalam temuduga ini mereka juga cerita kenapa ramai yang tidak dapat bertahan sampai mencapai kejayaan dan juga sebagai seorang yang baru menceburi perniagaan online apakah ciri-ciri yang kita mesti patuhi .
Dua orang yang telah menjadi super affiliate ini ,satu adalah Rosalind Garder yang telah menulis satu ebook yang bertajuk“The Super Affiliate Handbook “ dan sampai sekarang masih mendapat permintaan yang tinggi ,beliau sebelum menceburi perniagaan online adalah seorang yang berkerja dengan kerajaan di US dan bagaimana beliau boleh berjaya dalam affiliate ? semua ada beliau kongsikan ,jadi boleh dapatkan disini.
Allan Gardyne seorang lagi yang begitu berjaya dalam affiliate,dalam ebook percuma ini beliau akan kongsikan bagaimana beliau “gila” dengan program affiliate sehingga samapai masuk hospital kerana “overload” sebagai seorang yang telah banyak menulis ebook yang berkualiti dan ebook terbaru adalah teknik PPC (Pay Per Click) dari temuduga ini anda akan boleh dapat ketahui teknik yang beliau gunakan dan juga laman-laman web yang beliau miliki sampai sekarang untuk membantu orang ramai yang ingin berjaya dalam program affiliate.Jadi jangan lepas peluang ini,dapatkan disini.
Kedua-dua orang ini telah menceburi program affiliate selama 15 tahun ,apa yang mereka nak sampaikan adalah ,kalau kita ingin menjadi super affiliate,perjalanaan ini bukanlah terlalu senang tetapi kita perlu yakin dengan diri kita sendiri ,harap sekalian dapat serba sedikit ilmu dari dua ebook percuma yang terkini ini.
2 Responses
Mohd Hafifi
July 31st, 2008 at 8:36 am
1Terima kasih kerana berkongsi..mmg skrg tgh cari sumber rujukan untuk menjadi seorang affiliate..
pakar clickbank
July 31st, 2008 at 11:54 am
2Sama-sama brother
RSS feed for comments on this post · TrackBack URI
Leave a reply