Awal pagi ini bila saya online sudah ada beberapa orang yang cari saya melalui yahoo mesengger wow agaknya ramai yang online begitu awal ye sebab ini hari saya online jam 10.00a.m em…yang mereka cari saya ini adalah tentang beberapa perkara yang berkaitan saya cuma ingin kongsikan disini sebagai satu perkara yang agak lucu juga ye ..

1) Bolehkah bro beritahu apa yang akan kongsikan esok ? em…tak berani janji sebab kadang apa yang saya ingin kongsikan saya sendiri pun tak rancang ,jika boleh saya akan cuba gunakan cara ini .

2) Bolehkah bro kongsikan lebih software yang berguna sebab saya agak minat dengan software .Soalan ini agak baik saya boleh terima sebab saya sekarang sudah pun mula kongsikan software so harap sabar ye.

3) Bolehkah bro beritahu saya cara bro cari duit online .Bukan tak boleh cerita panjang juga .Saya mula mendapat keuntungan pertama dari dunia online adalah RM3,000 bahaya ke ? sebab bila ada yang saya kongsikan mereka terkejut dan menjerit ,ok biar saya kongsikan kepada korang .Saya mula business offline sendiri pada 8 tahun yang lalu iaitu sebagai Agency Pekerjaan Swasta ,dengan kata lain kerja saya adalah mengambil pekerja asaing dari luar negara  seperti China,Indonesia ,Vietnam dan yang lain-lain .

Pada tahun ini (2008) bulan April  iaitu awal bulan saya telah gunakan cara buat iklan di China ,dan saya mendapat komisen pertama selepas dua minggu  saya membuat iklan ,jadi bagaimana saya dapat RM3,000 ? ok biar saya dedahkan kepada korang .Pada bulan April 2008 seorang agen dari China apabila melihat iklan yang saya buat di China ( untuk pengetahuan korang iklan yang saya buat adalah secara ringkas saya terangkan iaitu saya sebagai agen yang daftar di Malaysia ingin mencari pekerja asing yang ingin kerja sebagai Tukang Masak,Tukang Urut di Malaysia dan harap ada agent yang miant boleh hubungi saya )

Jadi ada satu agent dia cari saya melalui eamil kata ada orang yang ingin kerja sebagai tukang masak ,dan kata bagaimana cara untuk berurusan .( Untuk pengetahuan korang ,orang China yang ingin datang ke Malaysia mereka perlu bayar RM8,000 kepada agen mereka di China dan agent di China akan bayar kepada saya sebanyak RM6,000 .Dalam RM6,000 ini saya perlu bayar satu tiket untuk orang itu datang ke Malaysia dan bayaran satu tahun pas kerja ,setelah tolak perbelanjaan saya akan mendapat keuntungan sebanayak satu orang RM3,000 .Ini adalah komisen saya dari dunia online dan selepas itu saya juga mendapat komisen dari yang lain juga .Saya kongsikan ini bukan nak tunjukkan apa kepada korang cuma ada 2 tujuan ;

1) Sebab terlalu ramai yang tanya saya bagaimana mencari duit online dan saya jawap dengan menulis dah penat so harap dengan post kali ini korang sudah faham bagaimana saya mencari duit online .

2) Ingin beritahu koarng dalam dunia online ini kita boleh cari duit dengan berbagai cara ,cuma korang perlu fikir dan buat kaji siasat .

Komisen pertama saya adalah dari seorang tukang masak di China yang saya uruskan kerja di sebuah restoran yang besar di  Sabah .Passport beliau saya ada buat salinan dan kadang ada masa saya akan lihat untuk mengingatkan kepada diri saya sendiri dunia online memang adalah satu tempat yang boleh mencari duit .

Saya mula ceburi perniagaan online adalah pada awal bulan April 2008 dan selepas itu pada May 2008 saya mula terjun dalam dunia blog ,iaitu blog pertama saya www.SmartHo.com/blog

Itu cerita saya bagaimana mendapat komisen pertama dalam dunia online jadi kita fokus pada post hari ini apa yang saya nak kongsikan kepada korang ,memang manarik sekali ,hari ini saya akan kongsikan satu ebook percuma yang menceritakan apa kepentingan Social Bookmarking dan esok saya akan kongsikan satu pakej lengkap panduan wordpress yang juga termasuk panduan social bookmarking dan seterusnya saya akan juga kongsikan 2 software yang best bagi korang untuk submit  post kita ke social bookmarking secara auto ,jadi susunan adalah mengikut plan Ebook percuma panduan social bookmarking >>video pakej lengkap wordpress >>software submit post auto ke laman Social Bookmarking .

Saya membuat mengikut susunan dari ebook percuma panduan Social Bookmarking sebab saya ingin korang betul-betul faham dari asas sehingga ke advance ,jika korang belum tahu cara goreng nasi dan saya tunjuk cara masak ayam dengan teknik bakar ,macam mana susah kan ?

Wow macam aku dah tulis panjang harap sabar ye ok kita fokus balik ke ebook percuma ini ,dalam ebook ini akan menceritakan kepada korang apa itu sebenarnya Social Bookmarking ,apa kebaikan social bookmarking ? memang banyak kebaikan yang ada terdapat antara satu adalah jika korang ingin naikan PR korang di Google ,social bookmarking memainkan satu peranan yang penting .

Panduan dalam ebook percuma ini juga akan tunjukkan kita software percuma dan yang berbayar untuk hantar post kita ke  laman web social bookmarking ,jika kita hantar satu persatu maka akan memakan masa yang lama bahkan juga satu perkara yang bosan ,jadi dalam ebook percuma ini akan tunjukkan korang cara yang mudah kita boleh lakukan kerja ini tetapi berkesan .

Untuk mendapat  trafik ke blog korang dan mendapat rank yang tinggi di Google ,ketahui dengan lebih mendalam social bookmarking adalah satu perkara yang wajib di lakukan ,dan ingin memudahkan kerja hantar post kita ke laman social bookmarking kita perlu ketahui rahsia setiap software .

Jadi harap korang akan dapatkan ebook percuma ini di link yang sudah saya sediakan dan esok saya akan kongsikan panduan video lengkap wordpress ,bagaiamana bagi korang lihat gambar dulu ye ……

Download dengan Easyshare disini 

Download dengan Mediafire disini 

P/s -Kepada yang masih belum ketahui cari duit melalui program pay per lead terbaru ,boleh baca post ini .Anda akan dibayar untuk setiap orang yang anda jemput untuk menyertai program ini sebanyak USD 1.00 ataupun klik banner yang dibawah ini.

P/s -kepada peminat cari duit online ,berjenis-jenis ebook percuma adalah terdapat dalam blog ini ,boleh  cari di bahagian categories.




Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb